BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 17, 2009

Menghitung Hari

Salam buat pembaca...

Tatkala menarikan jari jemari ini, saya bersama rakan sedang berbincang untuk persiapan ke Indonesia pada 29 Disember ini. Cepat benar masa berlalu.. Usai perbincangan bersama mentor malam tadi..Saya bergegas mengemas barang untuk ke rumah teman aktivis bagi perbincangan dari segala sudut.. Memang saya akui masih banyak lompong yang tertimbus..namun kami masih tidak berputus asa dan meneruskan usaha bagi memantapkan diri dari segi rohani dan jasmani.

Jika di imbas kembali, saya tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki di bumi Indonesia kerana bagi saya hanya orang yang hebat sahaja mampu untuk merantau jauh dari tempat asalnya. Tidak juga menjangka hanya kerana sebuah pertemuan, akhirnya saya sampai ke tahap ini. Benarlah perancangan ALLAH itu lebih hebat dari segalanya.

Saya mengimbau kenangan lalu...

" Salam kak, boleh saya tanya?"..saya menghantar 'sms' kepada seorang kakak bernama Rahmah..
" Waalaikummusalam...Ye..apa dia jun.."..sms dibalas mesra
"Boleh tak kalau jun nak "join" biro akak"..balas saya
"Boleh..ok malam ni ikut akak..ada pertemuan dengan biro al-rihlah"balas kak Rahmah..
" Ok..malam nanti kita jumpa"balas saya..

Pada malam itulah bermula segalanya..Pertemuan yang saya anggap hanya pertemuan biasa, rupanya jangkaan saya benar-benar tersasar. Saya diperkenalkan dengan seorang mentor dan beberapa ahli yang lain. " Apa???perbincangan ke Aceh??" bisik hati saya..Pada pertemuan pertama itu saya benar-benar tidak menjangka merupakan perbincangan yang cukup serius. Tatkala saya basih baru dan masih lagi berjinak dengan hal persatuan..Malam itu saya menjadi keliru.. Dahlah mentornya suka bertanya..Banyak cakap juga..Hingga saya terlintas untuk mengundurkan diri daripada terlibat dengan mana-mana persatuan..Ini berikutan saya merasakan, saya bukanlah individu yang layak untuk menyertai mereka..Sudahlah saya ini kurang keyakinan dalam berkomunikasi..kurang ilmu pengetahuan dan bermacam-macam lagi yang saya fikirkan..

Namun saya melihat ini hanyalah alasan semata-mata..Saya seharusnya mencuba dahulu..Bak kata pepatah..Tak kenal maka tak cinta...Saya meneruskan apa yang saya sudah mulakan hinggalah saya sampai ke tahap ini..Walaupun saya masih banyak kekurangan namun banyak juga yang saya pelajari melalui jalan ini.. Hampir tiga tahun saya menyertai jemaah..bermacam-macam halangan yang saya hadapi..Namun berkat dari sokongan keluarga dan teman-teman, saya masih mampu istiqamah dalam urusan jemaah..Memang saya akui saya tidak sehebat yang lain..Namun saya teruskan juga kerana yakin dengan budaya ilmu dan amalan belajar, mengajar dan di ajar..

Alhamdulillah..29 Disember 2009, saya dan beberapa orang teman akan berangkat ke Indonesia untuk menjalankan misi meneladani pemikiran HAMKA dan misi kemanusia di Maninjau, Padang Indonesia..Buat pembaca, doakanlah keberangkatan kami ke sana semoga selamat pergi dan pulang..Moga ilmu yang kami dapat di sana dapat di kongsikan bersama dengan seluruh masyarakat di Malaysia.. Insyallah saya akan mengemaskini berita semasa sewaktu menjalankan misi ke Indonesia..

Salam Maal Hijrah " Memantapkan Ukhwah, memperkukuhkan Ummah"..

Wednesday, December 9, 2009

Ragam Dunia Ngeri

Buat pembaca, entry ini mengarut sedikit..

Sekarang ni musim 'dunia ngeri'...macam biasa nak dekat hujung tahun ni, semua sibuk menyelak buku-buku yang dah berkurun lama tak buka..minggu "exam" lah katakan...hehehe.. Macam-macam ragam bila masuk " dunia ngeri" ni.. Yang tak pernah bangun malam sanggup bersenggang mata untuk membaca..Macam biasa minuman nescafe 3 in 1 menjadi pilihan rata-rata pelajar minggu ni.. Agaknya kalau buat undian minuman apa paling laris bulan ni..tentu syarikat nescafe tersenyum sampai ke telinga...hehehe

Semester ni merupakan semester paling mencabar bagi saya..persediaan untuk menjalankan praktikal, persediaan untuk ke indonesia dan paling ngeri nak jawab "exam"..huwaaaaa..rasa macam tak nak je masuk kat bilik kebal yang penuh dengan kertas soalan dan pengawas peperiksaan.Tetiba terfikir soalan mengarut: Rasa-rasanya ada tak pengumuman "exam" tak jadi..hehehe..

Paling tak sanggup nak jawab kertas soalan psikologi pendidikan..dah nama pun psikologi jadi subjek ni memang psiko betul..Dengan teori yang berlambak dari tokoh-tokoh barat, membuatkan saya rasa gerun nak jawab kertas soalan untuk subjek ni..Mana tidak nya..banyak sangat fakta yang perlu di hafal, Ikutkan hati rasa nak lari je dan tak nak hadirkan diri pada hari tersebut.heheh..Tapi bila difikirkan semula terlintas pula wajah En.Ismail dan Pn. Maimunah di kotak pemikiran ni..Kalau rasa-rasa nak kena marah dengan mereka, cubalah ambil tindakan yang tak masuk akal tu..hehehe..

Di sebabkan rasa gelisah yang amat sangat, saya sanggup bersenggang mata sampai jam 7 pagi..tu diaaaa..Rajin betul anak En.Ismail ni...hehehe..Kalau bukan kerana psikologi pendidikan, sudah tentu saya nyenyak tidur di atas katil sambil dibuai mimpi indah..hehehe..Sebelum masuk ke bilik kebal, saya sempat menyelak nota-nota penting. Tegur seorang kawan " hei, jun..apa lagilah yang kamu baca tu..kamu ni menggerunkan semua orang lah". Apahal lah pulak budak ni.Orang ngah membaca sibuk pula kacau..Merungut hati kecil saya..Jam 2.30 ptg saya masuk ke bilik kebal..Waktu tu masih terlintas lagi.."boleh tak nak lari keluar..tak nak jawablah kertas soalan ni"

Masuk sahaja ke bilik kebal..mata saya mencari pensyarah yang mengajar saya untuk subjek ni..Aduh..Tak nampak pun muka pensyarah ni..Saya lebih suka, setiap pensyarah yang mengajar saya turut hadir sama pada hari peperiksaan.Ini membuatkan saya lebih yakin untuk menjawab.Tapi nak buat macam mana, pensyarah tersebut tidak dapat hadirkan diri..Dapat sahaja kertas soalan tentulah nak buka bahagian belakang sekali..sebab apa eh..sebab bahagian belakang tu soalan esei..hehehe..Saya lega..Nasib baik apa yang dibaca keluar untuk soalan esei.

Selepas beberapa jam, saya melihat ramai pelajar telah meninggalkan dewan.Isyk..isyk..senang ke soalannya..dah nak hampir kosong dewan ni..Rasa nak marah pun ada bila tengok ramai nak keluar dah..cemburunya..." Sabar jun..sabar..siapkan sampai habis..jangan hentam je..buat yang terbaik.." wah rupa-rupanya ada bisikan semangat untuk saya..Hiraukan jelah mereka tu..Chayok!!!!buat sampai habis...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menyelesaikan soalan ini..Susah juga soalannya..Namun ada sesuatu yang saya belajar pada hari itu..Usaha, doa, dan tawakal adalah kunci kepada segala perbuatan..Walaupun saya tidak sepandai dan sehebat seperti mereka yang mendapat "pointer 4.00" tetapi saya masih boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik..Sekarang ini sedang menghitung hari-hari untuk mendapat keputusan peperiksaan..

Buat pembaca..doakan semoga saya terus berjaya...Amin..

Friday, December 4, 2009

Rintihan Seorang Teman

Salam buat semua pembaca.. Jarang sekali saya meletakkan entry yang berunsur terlalu peribadi kerana saya merasakan entry sebegitu tidak perlu di kongsikan bersama..Namun entah mengapa membuatkan saya terfikir untuk meletakkan entry ini..mungkin saya memerlukan pandangan daripada kalian semua...

Saya sempat membaca beberapa entry teman blogger saya..Ada sesuatu menarik yang membuatkan saya terpanggil untuk menyuarakan rasa hati ini.. Saya menulis dalam keadaan yang bercampur baur..Kesal, sedih, penat, bingung, dan bermacam lagi..

Saya tidak pernah meminta perkara sebegitu berlaku..kedua-duanya adalah individu yang paling hampir dengan saya..Individu yang berkongsi segala masalah bersama saya begitu juga sebaliknya..Namun apa yang membuatkan saya kesal mengapa perkara sebegitu perlu berlaku dalam tempoh masa yang panjang.. Saya tidak mahu memihak kepada sesiapa kerana bagi saya tindakan itu tidak adil.. Kalian sudah mencecah tahap kematangan namun saya sendiri tidak tahu apa yang menghalang kalian untuk mendapat kata sepakat yang benar-benar mampu merapatkan ukhwah kembali..

Adakah kerana sikap emosi atau sikap ego yang membuatkan hubungan itu terbatas..Saya menjadi bingung tatkala kedua-duanya menyepikan diri walaupun mata bertemu mata, tubuh menghadap tubuh..Saya tersepit di antara kalian..Kedua-dua rasa hati kalian telah saya dengari..Tetapi untuk menentukan siapa di pihak yang benar, adalah satu kegagalan bagi saya.. Kalian mempunyai pandangan masing-masing..Jangan kerana masalah itu, kalian harus lari dari realiti sebenar..Selagi kalian cuba mengelak untuk bersua selagi itu kalian tidak dapat menghentikan apa yang berlaku..

Saya tidak minta ini pengakhiran yang akan berlaku sejurus saja saya melangkah keluar dari perjuangan ini..Namun saya memohon pecahkanlah segala tembok yang menghalang kalian untuk menjaga ukhwah itu.. Saya mohon hentikanlah............

Tuesday, December 1, 2009

Media Boneka

Media merupakan satu medium yang digunakan untuk menyebarkan maklumat yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tidak kira melalui media cetak atau media elektronik, masyarakat sering menjadikan media sebagai saluran utama mereka untuk memajukan diri. Boleh dikatakan media juga merupakan medium yang mampu mendidik minta masyarakat tidak kira sebelum zaman pasca merdeka sehinggalah zaman kini. Jika dilihat dulu, medialah yang akan mencorak pemikiran masyarakat untuk turut sama berfikir tentang sesuatu isu.

Namun, jika dilihat dalam konteks semasa, media bukan lagi sebagai medium yang mencorak pemikiran masyarakat tetapi masyarakatlah yang mencorak sesuatu media. Jika dulu media dilihat sebagai salah satu model yang mampu menjadi peranan positif kepada masyarakat, kini media bukan lagi saluran terbaik untuk menjana pemikiran masyarakat. Mengapakah hal sedemikian berlaku?

Ini berikutan, terlalu banyak unsur-unsur negatif dipaparkan oleh media sendiri untuk tontonan dan pembacaan orang ramai. Jika dilihat melalui ruangan surat khabar sendiri, tidak banyak slot bagi pengisian agama dan pendidikan. Ruangan di akhbar lebih tertumpu kepada gosip artis, pertelagahan dalam politik, kegiatan sosial remaja dan sebagainya. Tidak di nafikan hal sebegini juga perlu didedahkan kepada masyarakat, namun apabila hal sebegini menjadi keutamaan sehingga lupa tentang pendidikan dan slot agama akhirnya suratkhabar dilihat sebagai bahan bacaan semata bukan untuk dijadikan bahan pencetus minda.

Malahan melalui televisyen pula, hanya slot berita sahaja yang memberi input kepada penonton selebihnya hanyalah lambakan program realiti tv dan hiburan semata. Pihak yang tidak bertanggungjawab pula menjadikan media sebagai alat untuk mereka mengaut keuntungan tanpa memikirkan keburukannya kepada masyarakat. Jika dilihat, terlalu banyak filem dan cerita yang kononnya dihasilkan bagi memupuk moral dalam diri masyarakat serta mempertontonkan realiti kehidupan kepada lapisan umum, namun pada hakikatnya filem dan cerita yang dihasilkan bukanlah memberi nilai-nilai murni kepada masyarakat malahan mengajar masyarakat untuk mengikut rentak dalam filem dan cerita tersebut. Dimanakah letaknya penerapan unsur moral dalam filem dan cerita tersbut, masih lagi menjadi tanda tanya.

Benarkah media kini hanya dijadikan boneka? Seharusnya pihak atasan menyedari hakikat ini dan perlu menguatkuasakan penggunaan media. Selain itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS) juga perlu tegas dalam membenarkan pengeluaran filem di media dan perlu bekerjasama dengan pihak media untuk sama-sama menyalurkan hiburan yang lebih bermanfaat kepada penonton. Melalui media cetak pula, pengeluaran artikel atau berita yang kurang menjana minda perlulah dipantau supaya pembaca tidak terlalu pengaruh dengan input yang tidak mendatangkan faedah kepada mereka.

Friday, November 13, 2009

1 Bulan 1 Adab

ADAB DAN SOPAN
(RABBANI)

Ingatlah pesan junjungan
Amalkan adab dan sopan
Pada ibu guru dan kawan
Moga hidup tenang dan aman

Buat baik berpada-pada
Tabiat buruk dijauhkan
Akhlak baik semua suka
Sampai mati dalam ingatan

Sabarlah jika dibenci
Jangan berdendam di hati
Terhadapnya kita hormati
Moga hidup saling diberkati

Janganlah berdusta
Dan berkata nista
Bersabar sahaja
Jika kita dicerca

Janganlah menghina
Menuduh menfitnah
Serahkan kepada Allah
Jika kita ditohmah
Hayatilah lirik lagu ini....

Hadirkanlah Nilai Itu

Seawal pagi hari ini, saya bersama aktivis Hamka keluar menuju ke Shah Alam bagi urusan persediaan untuk ke indonesia. Saya mohon maaf kepada teman sekuliah kerana tidak dapat menyertai kalian berkunjung ke Pameran Seni Kraf pada hari ini..Jika saya mampu membahagikan diri saya kepada dua, nescaya saya akan lakukannya..

Selesai urusan lewat jam 4 petang. Tiba sahaja di rumah, saya sempat membuka ruangan blog rakan-rakan dan tertumpu kepada blog Dr.Kecil. Kenapa tiba-tiba namuku di sebut di entry terbarunya?Lebih dahsyat lagi di tangga pertama..Tertanya-tanyalah juga empunya diri ini. Teringat satu peristiwa bersamanya " Jun bukalah blog akak, akak dah tag nama jun untuk program 1 bulan 1 adab daripada GPTD". Rupanya Dr.Kecil menyeru diriku untuk menyokong program tersebut.

Kami sering menghabiskan masa bersama dan setiap pertemuan itu sentiasa di isi dengan isu yang menyentuh tentang adab. Kadangkala bersungut di hati kami bilamana ditemukan dengan mereka yang kurang menjadikan adab sebagai nilai murni dalam hidup. Mengapa saya berkata begitu?

Peristiwa 1 : Seorang pelajar ingin membuang sampah, kemudian datang seorang tukang cuci " makcik cleaner" membukakan tong sampah untuknya. Bukan ucapan terima kasih yang diberikan apatah lagi sedikit senyuman pun tidak di lontarkan kepada makcik tersebut.Pelajar itu lalu begitu saja.

Peristiwa 2 : Sampah di buang dari tingkat atas lalu bersepah di bawah. Keesokan harinya tugas siapa yang harus mengemasnya? Tanpa rasa bersalah dan belas kasihan.

Peristiwa 3: Apabila tiba di rumah, selipar yang diguna dicampak begitu sahaja tanpa memikirkan mereka yang membantu mengemas rumah.

Peristiwa 4 : Masuk ke rumah tanpa memberi salam kemudian pintu di hempas sekuat hati sehingga mengganggu teman yang sedang berehat

Ini adalah beberapa peristiwa yang berlaku di depan saya yang sedikit sebanyak memperkatakan di mana adab seorang manusia yang dikurniakan akal? Adakah kerana mereka merasakan diri mereka lebih hebat dari Pencipta sehingga lupa untuk mengucapkan rasa syukur.

Saya sempat menegur sahabat saya yang ketika itu sedang memakan gula-gula kemudian membuang plastik gula-gula tersebut ke lantai.

"Kenapa buang kat lantai..simpanlah dulu..nanti dah jumpa tong sampah baru kamu buang" tegur saya.

" Alah 'makcik cleaner' kan ada. Biarlah dia kemaskan nanti" jawabnya.

Lantas saya meninggikan suara " Cuba bayangkan kalau 'makcik cleaner' itu adalah ibu kamu, saudara mara kamu, orang yang kamu sayang, kamu sanggup tak mereka di perlakukan begitu?'

" Alah itu dah memang tugas mereka. Nanti mereka nak buat apa kalau semua benda kita dah buat", jawabnya tidak mahu mengalah.

" Saya tak suka orang yang berfikiran seperti kamu. Mereka juga manusia. Kita tak rasa kepenatan mereka. Sekurang-kurangnya ringankanlah beban mereka" jawab saya tegas.

Lantas dia mengambil semula plastik gula-gula tersebut dan di masukkan ke dalam beg. Saya menarik nafaz lega. Saya sedih melihat " makcik cleaner" diperlakukan sebegitu. Tugas mereka benar-benar dilihat sebagai tugas yang ringan malahan mereka benar-benar diperlakukan seperti orang gaji setiap hari. Jika kita tidak mahu mengucapkan rasa terima kasih ataupun membalas senyuman mereka sekurang-kurangnya kita hormatilah mereka sebagai orang yang lebih tua. Fikirkanlah tentang diri mereka yang seharian bekerja untuk menanggung perbelanjaan keluarga.

Saya sering melihat "makcik cleaner" berehat di tangga dengan keadaan yang penat dan lesu. Di saat itu mereka masih mampu melontarkan senyuman ke arah saya. Jadi saya merasakan tidak salah jika kita pun turut sama menyambut mesra mereka. Kadangkala senyuman itu juga mampu merawat kepenatan yang di alami. Saya menaiki tangga menuju ke rumah.. Terlintas wajah ibu difikiran saya dan masih terngiang soalan yang ibu tujukan suatu ketika dulu.

Kami keluar bersama. Ibu memandang tepat ke arah " makcik cleaner" yang sedang menyapu. Tanya ibu, " nanti kalau jun dah besar dan dah berjaya, jun nak bagi tak ibu kerja macam tu". Saya terkedu dengan soalan ibu. Entah apa yang terlintas di fikirannya sehingga dia bertanya begitu. Saya senyap. Bukan tiada jawapan tetapi saya tidak tahu adakah jawapan itu boleh memuaskan hatinya. Jauh di sudut hati saya, tidak mahu ibu bekerja seperti itu.Bukan kerana itu merupakan pekerjaan yang hina tetapi saya tidak mahu ibu di perlakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak beradab.

Buat pembaca, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan fikirkan hati dan perasaan orang lain. Jika kita tidak mampu membalas kebaikan orang terhadap kita, sekurang-kurangnya hadirkanlah rasa untuk menghormati dan menghargai mereka. Bukan hanya untuk "makcik cleaner" tetapi kepada semua yang berhampiran dengan kita.

Skop adab ini sangat luas untuk diperbincangkan. Entry saya ini bukan semata-mata untuk menyahut seruan Dr. Kecil tetapi merupakan satu perkongsian yang ingin dibawa kepada pembaca sebagai renungan untuk difikirkan bersama. Moga kita sama-sama dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik

Wednesday, November 11, 2009

Maafkan saya

Pagi-pagi lagi saya dikejutkan dengan panggilan ibu..Lama saya merenung nama itu.. Tidak pernah ibu menelefon saya seawal pagi..Lantas saya teringat tentang hajat saya semalam. Seharusnya saya menghubungi ibu semalam selepas menambah jumlah kredit di telefon bimbit saya.. Entah mengapa tiba sahaja di rumah saya terlupa untuk menghubunginya. Saya menjawab panggilan itu..

" Assalamualaikum..Lama ibu tak dengar khabar? Sibuk dengan hal lain yea? Usrah...usrah..usrah" 3 kali ibu mengulang perkataan itu..

" Alhamdulillah, Jun sihat..Ibu apa khabar?"

Walaupun nada ibu berbunyi gurauan, namun saya tahu sebenarnya itu peringatan daripada ibu.Sesibuk mana pun saya..seharusnya saya tidak perlu lupa tanggungjawab saya sebagai anak. Memang ibu dan ayah tahu aktiviti saya di kampus..Selepas kuliah, terus ke usrah.Ada saja masa lapang hujung minggu, saya akan mengikuti program ilmiah atau pengisian rohani. Namun saya sering alpa walaupun mereka tahu aktiviti saya di kampus, itu tidak bermakna saya tidak perlu menghantar khabar atau memaklumkan kepada mereka aktiviti saya. Itulah kesilapan yang paling besar saya lakukan kepada mereka.

Saya tidak berniat untuk menimbulkan rasa gusar dihati mereka, tetapi kerana perbuatan itulah ibu dan ayah tertanya-tanya tentang kesihatan saya di sini..Saya kesal...Pada hari yang sama juga saya menerima mesej daripada kakak

" Salam..Jun, napa dah lama tak telefon ibu..Kesian ibu tertanya-tanya..Buat ibu risau..Mandi tak basah..Makan tak kenyang..Kamu ni......."

Subhanallah...Apa yang saya sudah lakukan..Kenapa saya boleh lupa hendak telefon ibu..Saya tidak henti-henti menyalahkan diri saya..Seharusnya saya mengutamakan mereka walau sesibuk mana pun. Sedangkan menteri, ahli parlimen, pensyarah, dan rakan-rakan yang lebih sibuk daripada saya selalu menghantar khabar kepada orang tua..mengapa tidak saya?..

Hari ini benar-benar mengajar saya erti menghargai ibu dan ayah..Walaupun mereka tahu aktiviti kita, tapi itu tidak bermakna kita lupa akan mereka..Luangkanlah sedikit masa untuk mereka walaupun tidak lama..Hargailah mereka sementara mereka masih ada dan sayangilah mereka selagi hidup kita masih panjang di dunia. Ingatlah pesanan Luqman Nurhakim kepada anak-anaknya..Hormatilah ibu bapa dan sayangilah mereka..

Buat ibu dan ayah..saya mohon maaf atas kesilapan saya..Saya sayang kalian...